Kelab Arab Saudi, Al-Hilal memberikan layanan istimewa bagaikan raja kepada pemain bintang yang baru saja ditandatangani oleh pasukan itu iaitu Neymar.

Neymar baru sahaja diumumnfl shop com custom football jerseys nike air jordan high top super bowl champions best human hair wigs cheap nfl jerseys headband wig human hair jordan 1 for sale nike air max 90s custom soccer jerseys nfl jerseys best sex toys for women cheap jerseys kansas city chiefs adidas online shop kan sebagai pemain baharu Al-Hilal yang menyaksikan dia akan menerima gaji sekitar €320 Juta untuk dua musim di kelab itu atau sekitar RM1.62 billion tanpa dikenakan sebarang cukai.

Selain memberikan gaji besar tanpa potongan cukai, Hilal turut memberikan beberapa layan istimewa yang hanya diberikan kepada bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu antaranya pesawat peribadi yang sentiasa bersedia untuk membawa pemain itu kemana saja yang dia mahukan.

Selain itu, pihak kelab turut menyediakan satu rumah besar yang dilengkapi pembantu peribadi bagi memastikan bekas ketua pasukan Brazil itu berasa selesa semasa berada di negara itu.

Neymar juga mendapat hak sepenuhnya ke atas imejnya. Bermakna pemain itu boleh membuat duit terus masuk ke poket menerusi iklan dan tajaan peribadi selain pihak kelab membayar €500 ribu kepada Neymar sebagai bonus hak imej untuk menggunakan imej pemain itu dalam post di media sosial kelab. Gila bukan?

Bukan itu sahaja, Neymar juga akan menerima €85,000 untuk setiap kemenangan yang dicapai oleh Al Hilal dengan adanya dia bermain walaupun hanya seminit.

Selain itu, pemain berusia 30 tahun itu bakal mendapat bayaran sebanyak €500,000 untuk setiap posting di laman media sosial miliknya sekiranya mempromosikan negara Arab Saudi kepada peminatnya.

Al-Hilal sebelum ini sudah menandatangani pemain bintang dunia yang lain seperti Malcom, Kalidou Koulibaly, Ruben Neves dan Sergej Milinkovic-Savic.

Beberapa lagi nama masih dalam radar kelab itu termasuk penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic dan penjaga gol Piala Dunia Morocco iaitu Yassine Bono.